I've choose to be silent, let them speak because I really tired af. Jujur aku penat dengan dunia ni apatah lagi dengan manusia. Aku hampir putus ada tapi aku tak boleh sebab aku masih membawa harapan yang besar. Apa harapan tu? harapan mak aku harapan family aku harapan orang sekeliling aku dan banyak lagi dan tanggungjawab aku sebagai seorang hamba. Menuntut ilmu itu wajib sampai mati dan menuntut ilmu juga separuh mati. Sungguh aku penat sangat sangat penat. Maafkan aku Tuhan, tolong kuatkan aku hambamu yang dhaif ini. Kuatkan aku dengan dunia ini aku mohon, ampunkan aku Tuhan sungguh aku penat. Sekarang aku dah tak pandang dunia sebab aku penat. Aku tidak peduli dengan orang lain yang dapat pointer tinggi ke, dekan ke and I don't even want to know. Aku dah penat. Mati bukan jalan penyelesaian tapi kau kena dekatkan diri dekat Allah sama juga dengan aku saat rasa nak putus asa dan rasa lebih baik mati tapi tidak sayang. Allah sebenarnya sayang kau, dia rindu kau, dia nak dengar tangisan kau, dia nak dengar kau memohon dekat dia dan meminta-minta dekat Dia. Kalau perlu nangis, nangislah jangan nak memalu. Kalau itu yang hanya dapat diluahkan maka kau luahkan lah dengan air mata dan tak salah. Tak perlu risau. Lately ni aku banyak diam dan kalau makan hati pun aku diamkan sahaja. Siapa je yang nak tahu apa yang aku rasa dan takde siapa kisah. Serius aku penat sangat-sangat penat. Apa semua ni hmm. Aku lebih banyak buat hal sendiri, aku abaikan orang lain sebab aku penat nak jaga hati orang. If I stay silent takde siapa pun yang perasan because I'm not too important to them and the other. Berdosakah aku? dan berdosakah engkau yang tak jaga perasaan orang lain? Just go and go far away. .

MUSIC PLAYER CODES
music