I Need You + 0 comment(s)
Part 21Keesokan paginya mereka semua sudah bersiap untuk menghadiri fans meeting Gd tetapi Rapmon hairan kerana Suga & V tiada. "Wey aku rasa macam kuranglah. Kau perasan tak?" Tanya Rapmon hairan. "Emm ha'ah Suga dengan alien takde. Diorang belum bangun lagi kot" jawab Jimin. "Wey Jungkook cuba kau gi masuk bilik diorang jap tengok" jerit Rapmon. "Takde pun diorang dalam bilik. Alaa macam mana ni dah takde masa dah ni" jawab Jungkook. Tiba-tiba terdengar suara Jhope menjerit dari bawah "Guys diorang dekat ruang tamu!". Ruang tamu? Mereka semua berlari menuju ke ruang tamu. "Suga V bangunlah kenapa tidur dekat sini. Ni mesti kes penakut kau datang an. Kita dah lambat dah ni" marah Rapmon. Suga & V sempat menggeliat "lambat? Nak gi mana pepagi ni?" Tanya V. "Fans meeting Gd lah gila dah lupa ke!" Jerit J-hope. "Hah! Hari ni? Alamak macam mana ni V kita dah lambat" kata Suga yang cepat2 bangun dari tidur. "Dahh korang gi sendiri. Nak tunggu kau siap memang lambat. Byee jumpa dekat sana nanti". Suga dan V cepat bersiap untuk pergi ke sana tapi dalam fikiran mereka hanya teringat Im hye dan Yuna.
"Wei kita nak pergi macam mana ni ? Semua dah tinggal kan kita ? " tanya Suga sedih kepada V. "Kau jangan risau. Kau lek je.Aku tahu la nak buat macam mana." jawab V sambil mengeringkan rambutnya. "Macam mana?" risau Suga. "Eh mak nenek ni banyak pulak tanya. Mandi je la dulu. Siap cepat. Kang aku tinggal kang baru tahu" ugut V. "okay okay sat sat" gelabah Suga.
---25 minit berlalu---
"Woi! Cepat sikit la gila! Siap pun lambat. Mengalahkan perempuan!" marah V. "Eishh kau ni aku mesti la nak pakai cantik cantik wangi wangi. Nak jumpa abang ipar ni" gurau Suga. "Banyak kau punya abang ipar, yang aku penat tunggu kau ni ? Tak kira. Dah busuk balik dh ni" bebel V lagi. "Nah pakai la perfume ni. Aku tahu kau pun nak wangi wangi. Niat kita sama je en ?" sengih Suga kepada V. "Jangan cakap kuat kuat" kata V sambil mengambil perfume dari tangan Suga. "Ha wangi wangi gak kita nak naik apa ni ? " tanya Suga pelik. "Takkan nak jalan kaki" gumam Suga lagi. "Don't worry my brother. Tu dia" kata V sambil menjuihkan bibir ke depan menunjukkan sesuatu. "Eh kau jangan main main" risau Suga. "Apa nak main main pulak. Aku ada lesen pe." terang V. "Tu aku tahu tapi asal kau rembat ahjumma rumah depan ni punya skuter doh?" jelas Suga yang risau bebenau dengan skuter ahjumma. "Halah lek je la. Lagi pun aku sewa sekejap. Bayar tau. Ha nanti bayar kat aku" terang V sambil meminta duit. "Sat la. Bukan tu jugak aku risau. Masalahnya skuter ni bunga bunga wei. Bunga besar lak tu. Dah la pink. Aduh jatuh manly aku cenggini" terang Suga apa yang merisaukan dia selama ni. "Ni je aku jumpa. Bersyukur sikit. Harap kau memang jalan kaki tu pun esok pagi sampai gak eh?" bebel V geram dengan Suga yang tak reti bersyukur tu. " Ha yela yela. Jom" Suga pasrah. Lalu mereka berdua pun menaiki skuter tersebut. "Aku still tak puas hati ni asal kau helmet warna hitam. Asal aku warna pink ada bunga jugak" bebel Suga lagi. "Kau bising lagi aku tinggal tepi jalan" ugut V.
