Night. Sleep tight + 0 comment(s)
Malam tidak selalunya indah
Manusia tidak akan kekal
Mereka sering berubah
Mereka tidak ada dengan kita saat kita menghadapi kesukaran
Tetapi Allah sentiasa ada dan mendengar setiap kata hati kita.
Kenapa kita perlu bandingan diri kita dengan orang lain sedangkan Allah sudah mencipta kita dengan cukup sifat. Kenapa tidak bersyukur dengan apa yang Allah dah beri pinjam? Macam manusia juga. Kalau pinjam barang orang tu mestilah kena jaga baik baik dan pulangkan dalam keadaan yang baik. Sama jugalah kita kepada Allah. Hari tidak akan selalu menyebelahi kita tapi kita buatlah sebaik mungkin. Biarlah orang nak kata kita apa sebab yang lebih kenal diri kita ialah kita sendiri dan juga pencipta kita. Usah risau tentang hari esok kerana Allah sudah aturkan sebaik baiknya untuk kita. Berdoalah supaya Allah sentiasa melindungi kita di mana jua. Allah tidak pernah lupa akan kita tetapi kita yang sering lupa akan Dia. 
Hidup? Siapa kata hidup ni tiada dugaan atau cabaran. Setiap orang ada cerita mereka sendiri. Semua orang akan merasai gagal dalam hidup dan ada juga yang lebih dari sekali Allah uji mereka dengan kegagalan. Tapi ianya bergantung kepada kita untuk mengubah kegagalan tersebut dengan tidak putus asa. Allah tidak akan menguji hamba nya jikalau dia tidak mampu untuk hadapi. Allah sayang kita sebab itulah dia uji kita. Anda sepatutnya bersyukur kerana ujian itulah yang akan menjadi anda lebih bersemangat dan kenal apa erti tidak berputus asa dan lebih matang.
Pesan saya hanya satu. Solat itu penting dan wajib. Dirikan lah solat dengan 5 waktu.

MUSIC PLAYER CODES
music