I Need You + 0 comment(s)
Part 9Yuna datang tepat pada waktunya berjumpa Suga. Yuna pergi berjumpa Suga tanpa pengetahuan Im hye. Kelihatan Suga melambai Yuna dari jauh untuk menunjukkan tempat yang mereka akan berjumpa. Muka Suga kelihatan agak risau dan serabut kerana takut akan reaksi Yuna apabila mengetahui berkara sebenar.
"Hai Suga, lama ke tunggu?" sapa Yuna. "Taklah lama sangat. Its kalau awak lambat macam mana sekali pun saya akan tetap tunggu" jawab Suga. "Yela tu. Haa kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Yuna tidak sabar. "Awak ssssebenarnya sssaaayyaa" Suga berasa berat untuk menceritakan perkara sebenar kepada Yuna. "Senjak bila awak jadi gagap ni?" tanya Yuna tiba tiba.
"Ermm, selama kita kenal ni saya tipu awak" jawab Suga tunduk. "Hah? awak tipu? saya tak faham lah cuba awak cakap terus terang" jawab Yuna terkejut. "Okay saya akan terus terang" jawab Suga. Yuna hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Suga. "Sebenarnya saya pura-pura rapat dengan awak. Saya dengan whole member saya dare untuk dapatkan awak dengan akak awak. Jadi saya terima challenge tu dengan V and I'm truly sorry. Saya menyesal sangat - sangat tapi semuanya dah jadi lain sebab saya dah mula sayangkan awak. Maafkan saya".
Yuna yang mendengar penjelasan Suga sudah tercengang. Dia tidak menyangka yang Suga dan rakan-rakannya sanggup melakukan sebegitu rupa terhadap dia dan kakaknya. Yuna tahu kalau dia marah, tidak dapat mengubah apa apa pun. Tiba-tiba Yuna terfikir tentang kakaknya, Im Hye.
"Tadi awak ada cakap yang awak nak dare saye dengan akak saya kan ? " tanya Yuna untuk kepastian. Suga hanya menganggukkan kepala. "Emm yang rapat dengan kakak saya sekarang ... alamakkkkk V!! " jerit kecil Yuna. "Alaaa kenapa mesti V ? V tu dah la playboy kan ? " tanya Yuna kepada Suga. "Emm ntah la. Dah dia yang beriya sangat nak sahut dare ni jugak. Aah tapi tu dulu, sejak dia rapat dengan kakak awak dia dah tak macam dulu dah." terang Suga. 'Boleh percaya ke ni?' detik hati Yuna. Yuna hanya mendiamkan diri selepas itu begitu juga dengan Suga.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuna: *knock *knock* Im hye : Who's there ?! Yuna : Yuna la. Bukak la pintu ni unnie.
Im hye yang dari dapur bergegas membuka pintu rumah. "Lambat Yuna balik?" soal Im hye. "Aah tadi jumpa Suga kejap". "Buat apa jumpa Suga?" tanya Im hye hairan. "Nanti la Yuna story eh unnie. Yuna nak naik mandi. Penat laa" jawab Yuna yang sebenarnya takut nak bagi tahu perkara sebenar. Yuna tahu yang kakaknya, Im hye suka kepada V setelah sekian lama cuma Im hye tidak mahu mengakui sahaja.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Yuna termenung sebentar dan cuba untuk memahami situasi yang berlaku hari itu. "Betul ke apa yang Suga cakap petang tadi? dan betul ke apa yang aku dengar balik tadi ?" detik hati Yuna. Yuna cuba mengingati aoa yang berlaku semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Darl, I rapat dengan dia sebab dia adik GD je" kata seorang lelaki. "Yela tu tapi asal nampak you macam rapat semacam aje dengan dia." terang perempuan tersebut dalam nada cemburu. "Kalau I rapat dengan dia, senang la. I boleh mintak apa je. sebab abang dia kaya kot" terang lelaki tersebut. "Lagipun I kan dah ada you. Why I must fallin' in love with thah girl? She's nothing to me. Only you. " tambah lelaki itu. Yuna yang pada tadi hanya berselindung di sebalik dinding cuba untuk melihat siapakah gerangan yang bercakap itu.
