Salam Syawal tanpa Abah selama 16 tahun + 0 comment(s)
Assalamualaikum, Selamat hari raya! Macam mana raya pertama korang? mesti seronok kan tapi banyak-banyak bersabar buat yang tidak dapat menyambut syawal dengan orang tercinta kerana menjalankan tugas. Tengah-tengah malam macam ni baru sesuai nak entry blog sebab line dekat sini memerlukan kesabaran *yelah sebab ramai saudara mara datang jadi terhad*. Raya tahun ni agak sunyi dan tidak semeriah seperti tahun-tahun yang lalu sebab mereka semua ada kerjaya dan family untuk di uruskan lebih lebih lagi anak- anak mereka sudah mencapai usia remaja. Tahun ni raya serba sederhana saja tak macam dulu-dulu dan baju raya saya tahun ni pun tak sedondon dengan tema family iaitu hijau. Baju raya korang? haha.Raya tahun ni sekolah ada buat 'Open School' kalau rumah 'Open House' *sesuka hati je haha*. Tapi tak tau sekolah benarkan pakai baju raya atau tak sebab dah 2 tahun tak dibenarkan. Tahun ni macam malas nak beraya dengan member, makin meningkat umur ni macam dah tak berapa kisah sangat tentang semua tu. Raya, raya juga tapi homework tetap menjadi peneman setia. Esok rumah buat family day almaklumlah jumpa setahun sekali dan tak pernah balik pun ya juga. Tapi benda yang paling saya nak dan merasai ialah 'abah saya' hanya itu. Kadang-kadang saya cemburu dengan abang saya sebab dia tahu banyak tentang arwah abah tapi saya 'nothing' tak tau apa-apa langsung. Niat nak tanya lebih mendalam tentang arwah abah tapi tak sanggup tengok kalau-kalau ada orang yang tersentuh hati dan sedih jadi saya mendiamkan diri. Hidup ni memang tidak adil tapi Allah sentiasa adil keatas hamba-hambanya. Saya redha dengan pemergian arwah abah walaupun saya tidak berkesempatan untuk melihat wajahnya dan merasa kasih sayang daripada dia. "Abah, orang tahu abah adalah seorang ayah yang baik, penyayang dan bertanggungjawab tapi abah doakan untuk kejayaan adik dan juga kesejahteraan serta kebahagiaan kami sekeluarga ya abah. Nanti insya'allah kita berjumpa di sana dengan izinNya. Owg sayang dan cinta dekat abah, semoga abah tenang disana, Amin."
Finally, kita dah sampai ke penghujung untuk peristiwa ini dan saya ada tinggalkan beberapa gambar untuk dijadikan kenangan. Selamat hari raya, maaf zahir & batin!
Raya ketiga







