3 INBU SINA 2014 LOVE YOU ALL ! + 0 comment(s)
Assalammualaikum, dah lama gila lah siot tak entry blog and now i'm back! haha. How about your holiday? mesti seronokkan sebab maklumlah sekarang ni dah cuti sekolah. Result PT3 keluar lagi 3 minggu jadi kena tunggu lah. Macam-macam perasaan yang ada sekarang ni takut, gembira, risau dan semua lah.
And now, saya nak cerita tentang kami. Nak tau siapa kami dalam cerita ni? siapa lagi kalau bukan classmate saya yang 'rare' iaitu 3 IBNU SINA. Dah banyak sangat dugaan yang kami tempuhi bersama, kena marah dengan cikgu bersama, berselisihan faham antara classmate bersama, bergaduh bersama, bergurau senda bersama, menangis bersama, penat bersama dan gembira pun bersama! kan saya dah cakap terlalu banyak //haha//. Serius, saya betul-betul sayangkan diorang semua "tidak kira lelaki atau perempuan" sayang saya diorang! sangat-sangat sayang. Lepas habis pt3, cikgu dah senaraikan aktiviti kami selama 3 minggu dan aktiviti tu memang sangat-sangat seronok //thanks cikgu!//. Antara aktivitinya ialah :
1. 1 Murid 1 Sukan
2. Kem Jati Diri di Pusat Latihan Dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi (PLRFTT)
3. Pengenalan Frog
4. Futsal
5. Explorace
6. Bola Jaring
7. Indoor
8. Lawatan ke Sawah Padi
9. Gotong-royong
10. Khidmat Masyarakat
Itu lah kesemua aktiviti kitaorang, banyakkan. Tapi kitaorang memang enjoylah masa buat kesemua aktiviti ni dan saya yang menjadi jurugambar sepanjang aktiviti ini berjalan kecuali aktiviti 2. Sebelum saya mengakhiri tajuk pada hari ni, saya nak kongsikan bebarapa gambar semasa kami melakukan aktiviti tersebut. Enjoy!
20/11/2014
3/11/2014, 4/11/2014, 5/11/2014










