Terbukanya Al-quran + 0 comment(s)
Assalammualaikum, apa khabar? korang puasa penuh tak //hehe//. Bercakap tentang bulan ramadhan yang mulia ni, mesti ramai yang berebut-rebut nak dapat kan ganjaran pahala yang banyak isn't? ramai yang baca Al-quran, bersedekah, buat keje-keje amal dan banyak lagi dalam bulan ramadhan ni. Alhamdulillah, selepas khatam al-quran semasa di darjah 6 saya dah jarang membacanya dan mesti dia sedih sebab saya dah tak membukanya, membelainya apatahlagi membacanya. Sekarang baru aku sedar bertapa pentingnya dia dalam hidup kita, bertapa indahnya isi kandungan di dalamnya dan bertapa merdunya seseorang yang membacanya. Hari ni aku membacanya dengan tersekat-sekat dan tidak seperti aku sekolah rendah dulu. Masa sekolah rendah dulu aku lancar membacanya walaupun aku gagap dan sering di tertawakan oleh rakan-rakan semasa waktu PI. Tapi aku tetap juga membacanya sebab itu bukan penghalang bagi aku untuk membacanya dan menghayatinya. Cara aku menyebutnya pada hari ni lagi sekali dan jauh berbeza, aku baca agak merangkak sedikit tetapi aku berdoa kepada Allah supaya dia melancarkan bacaanku dan alhamdulillah semasa aku membacanya ada butir-butir yang jatuh. Aku tak tau kenapa aku sebak, aku tak tau kenapa. Mungkin aku telah banyak melakukan dosa selama aku hidup atau mungkin Allah memberi peluang untuk aku meminta ampun kepadanya dan bertaubat kepadanya. Masa aku membacanya, aku tak ingat masa di dunia, aku rasa macam seronok sangat dan lalai dengan ayat-ayat suci di dalamnya. Bertapa besarnya ganjaran dan kejadiannya, malah aku tidak malu untuk menangis di depan mak aku dan aku rasa seolah-olah dia faham tentang perasaan aku. Terima kasih Ya Allah. Lepas ni apa yang terjadi kepada aku, aku akan berserah kepadanya kerana hanya dia yang faham isi hati dan perasaan hambanya. Semua orang tak faham aku, semua orang tak faham apa yang aku inginkan, apa yang aku lakukan, apa perbuatan yang aku dia yang diorang tahu hanya judge dan berkata-kata //in fact semua orang tak faham aku//. Biarlah apa orang nak cakap tentang aku redha je lah dekat dalam dunia semua orang tak perfect jadi mesti ada orang yang dengki dengan kita. p/s : Don't worry to do what ever you want because Allah is always by our side and make sure what you are doing is a good thing. Just walk as usual dan keep smiling :) Allah know what we think .
