Kem Gerakan Obor (KGO) Bersama Pelajar UITM SHAH ALAM . + 0 comment(s)
Assalammualaikum , cuti minggu ni mesti korang rehat dan bersantai di rumah sepenuhnya batul tak ? tapi pelajar SMK TUN SRI LANANG dari tingkatan 3 Ibnu sina dan 4 Ibnu sina tidak berada di rumah bermula dari petang khamis . Mula - mula , masa cikgu cakap yang tingkatan 3 Is dengan 4 Is ada program bersama dengan abang - abang dan kakak - kakak dari UITM SHAHALAM saya terus set dalam otak yang program ni seronok . Yang kedua , kiteorang mesti bermalam di sekolah selama 3 hari 2 malam dan kami kene tinggalkan segala keselesaan kami di rumah dan datang ke sekolah dengan niat nak belajar dari abang - abang dan kakak - kakak macam mana diorang menjalani hidup dan macam mana diorang boleh berjaya sampai sekarang walaupun diorang dari kawasan pendalam yang sangat dalam jauh dari bandar . Pelajar UITM yang datang ke sekolah kami seramai 23 orang iaitu 10 lelaki dan 12 perempuan , petang tu datang sekolah ada nampak satu bas dan perasaan masa tu memang excited dan teruja sangat - sangat . Sampai sekolah kena daftar dan dibekalkan setiap sorang satu fail , fail ni kena bawak sepanjang aktiviti ini di jalankan "kecuali nak pergi tempat tertentu je lah" dan memakai sepatu . Lepas habis mendaftar terus letak beg dan pukul 6 kena berkumpul di tempat protokol . Masa berkumpul abang Nami "dia yang uruskan masa kiteorang dan dia juga ada kuasa untuk mendenda" bagi kiteorang sedikit taklimat yang berkenaan dengan aktiviti ini dan memberi arahan serta peraturan kepada kami . Lepas habis taklimat , kiteorang pergi minum petang dan terus solat maghrib secara berjamaah "lelaki dengan lelaki perempuan dengan perempuan" , lepas habis solat maghrib kiteorang baca yasin dengan akak ni dengan bersama beberapa orang guru kiteorang dan solat isyak . Lepastu wisel di bunyikan dan dikehendakki berkumpul di dalam dewan bagi sesi pengenalan diri bersama abang - abang dan akak - akak fesi . Dalam sesi pengenalan diri tu , abang dengan akak fesi ada ajar kiteorang main game dan game yang paling seronok ialah 'game bit' sebanyak 6 bit yang kiteorang belajar . Hari yang ke dua , pagi lepas subuh kiteorang ada senaman dan satu game yang abang Nami ajar dan game tu memang seronok sangat "alhamdulillah tiada sebarang kecederaan" . Petang pula kiteorang di bahagikan kumpulan untuk bermain bola tampar menggunakan belon yang berisi air "wow ! memang mengancam gila lah" saya kumpulan yang ke 2 seramai 7 orang dan perempuan lawan lelaki tapi kumpulan saya kalah dengan lelaki "hahaha" . Di perlawanan yang terakhir ialah abang fesi dan akak fesi lawan dengan pelajar lelaki yang menang dan akhirnya permainan bermain dengan tidak adil "hahah" , kesian tengok abang Akim kena baling belon sampai basah baju dia dan hampir semua orang basah "kecuali saya" . Lepas habis aktiviti tu kiteorang makan , mandi lepas tu solat maghrib dan isyak berjemaah "lelaki dan perempuan" . Setiap waktu solat kami sembahyang berjemaah dan abang mozek "nama panggilan" yang menjadi imam . Dan malam yang kedua ni yang paling seronok dan mencabar fizikal serta mental dan nama gama ni ialah 'dark target' , kiteorang mula pada pukul 10:30 malam dan tamat pada 11:30 malam dan yang terlibat hanyalah peserta sahaja dan saya ialah kumpulan 7 . Ada beberapa syarat yang harus di patuhi :1. Peserta di beri masa selama 1 jam setengan untuk menyesaikan cekpoint yang diberi .
2. Bergerak dalam kumpulan
3. Setiap kumpulan di bekalkan sebatang lilin dan 3 batang mancis .
4. Kesemuanya ada 8 cekpoint dan 2 cekpoint salah .
5. Peserta hanya boleh pergi ke bahagian kanan sekolah dan ada 2 cekpoint di kiri sekolah .
6. Peserta yang berjaya menyelesaikan cekpoint tersebut akan diberi barang amanah .
7. Untuk menyelesaikan cekpoint lilin mestilah menyala .
Dan masa yang diberi tidak barapa cukup "sebab cekpoint ada 8 tapi ada 10 kumpulan" . Kumpulan saya hanya berjaya menyelesaikan 4 cekpoint sahaja "haha" . Bila tepat pukul 11:30 wesil di bunyikan dan semua kena berkumpul di dalam dewan . Lepas habis game 'dark target' kiteorang berbual dengan abang dan kakak fesi macam mana perasaan bila menyelesaikan cekpoint , seronok ke tak dan banyak lagi yang diorang tanya dekat kiteorang . Dan tibalah hari yang paling kiteorang tak nak lepaskan dan tidak akan lupakan iaitu hari terakhir bersama dengan akak - akak dan abang - abang fesi . Pagi tu macam biasa solat , senam dan lepas sarapan kiteorang kumpul dalam dewan bermain game sekejap dan berpecah mengikut kumpulan masing - masing di luar dewan . Kumpulan pilih di tempat yang terbuka dan tempat yang sangat nyaman , latihan dalam kumpulan (LDK) yang terakhir kiteorang di bukakan dengan macam mana hidup di Universiti dari akak dan abang fesi . Dan diorang juga memberitahu Universiti yang mana lebih bagus dan banyak kos yang diberi . Yang paling menyentuh hati saya ialah apabila abang Kimi menceritakan macam mana zaman kejatuhan dia , macam mana dia laluinya dan respond keluarga abang Kimi macam mana . Masa abang Kimi ceritakan zaman kejatuhan dia saya sangat tersentuh dan berasa kesian dengan dia walaupun saya tak kenal doa dengan lebih mendalam tapi saya dapat rasa peraan dia masa dia ceritakan dekat kiteorang sehingga abang Kimi menitiskan air mata yang berharga di depan saya dan ahli kumpulan saya . Terus terang saya rasa takut untuk mengalami perkara yang sama dengan abang Kimi tapi saya kagum dengan abang Kimi sebab dia berjaya sehingga sekarang dan tabah dengan ujian allah yang diberi dekat abang Kimi . Akak Aimi pun turut menangis bila mendengar cerita abang Kimi . Bila dah selesai aktiviti LDK yang terakhir , kiteorang berkumpul semula di dalam dewan bersama - sama lepas makan dan kembali ke dewan semula . Di dalam dewan pun kiteorang buat bulatan dalam kumpulan masing - masing dan abang dan kakak fesi memberi beberapa pengajaran dekat kiteorang , memberi semangat dekat kiteorang , menceritakan apa yang dia rasa bila mengenali diri kiteorang dan bila akak Aimi sentuh bab ayah dan pandang tepat di mata saya , saya terus rasa sebak dan tak tahan untuk minitiskan air mata . Semua yang berada dalam dewan menangis apabila di ceritakan tentang ibu dan ayah termasuk abang dan akak fesi . Selepas itu kami bersalam dan berpelukan sebelum majlis penutupan . Di majlis penutupan kami bersalaman dan di tunjukkan gambar serta video sepanjang aktiviti ini berlangsung . Kami mengambil gambar bersama - sama dan tamatlah hari yang paling mengembirakan itu . Insyaallah saya akan ingat pesanan akak dan abang fesi terutama sekali abang Kimi & akak Aimi , terima kasih sebab sudi berkongsi ilmu dengan kiteorang dan memberi banyak tunjuk ajar serta pengajaran hidup dekat kiteorang . I will always remember and love both of you ! I will miss you dear !
p/s : Saya akan sentia doakan akak dengan abang , saya akan ingat pesanan abang dengan akak . Terima kasih sebab sudi memberi ruang untuk kiteorang . May allah bless you dear ! Always remember you Kimi & Aimi ! .

