Mungkin ada hikmah disebaliknya + 0 comment(s)
                       Assalammualaikum , dah hampir sebulan tak sentuh langsung pon blog ni sebab naik je bulan 2 saye dah buzy dngan aktiviti yang mewakili sekolah . Ingat semalam nak update blog tapi tak sempat sebab semalam saya main Catur MSSD . Kalau korang nak tau , dua hari lepas iaitu hari Ahad dan Isnin saya ada perlawanan Catur "Malu pula nak cerita" . Sekolah saya menghantar 11 wakil dan termasuk saya "wakil perempuan bawah 15" dan alhamdulillah saya menang 4 satu seri .
Saya ada update blog dan twitter juga masa saya pergi main catur . Hari pertama dan round pertama saya main catur , masa tngah duduk dkat meja no 20 saya terpandang dekat L18 ada sorang lelaki hensem "haha" . Mula - mula aku ingatkan dia cina sebab tngok muke dia , kening dia sebijik macam cina lepastu aku buat tak tau je lah kan . Sebelum mula main catur aku dangan dia macam main pandang - pandang pula "tapi tak tau lah kalau aku yang perasan dia tengok" aku buat tak tau je lah dan bila abis pusingan pertama "Alhamdulillah aku menang" aku tngok dekat tempat duduk dia tadi dah tak ada "mungkin dia dah abis dulu kot" . Habis pusingan kedua "Alhamdulillah aku menang juga" aku pergi surau nak sembahyang zohor "tapi tak nampak pula dia" lepas habis sembahyang dah siap doa semua "Allah nak tunjukkan dekat aku" boleh pula aku terserempak dengan dia masa keluar dari surau . Dalam hati aku "Dia islam lah" bila dah tau dia islam aku diam je lah lepastu masa balik tak dapat jumpa dia "haha" . Hari yang kedua main catur "last day" aku tak nampak dia langsung lepastu bila tiba masa rehat aku pergi surau "pon tak nampak dia juga" lepas keluar dari surau beberapa langkah aku tinggalkan surau aku terserampak dan berselisih dengan dia "again" , jadi aku pun macam banggalah juga sebab Allah tahu . Tiba pusingan yang terakhir aku nampak dia masuk dalam dewan "dia duduk meja yang ke belas - belas" dan Alhamdulillah pusingan yang ke-7 "last round" aku menang . Aku dapat tempat ke-11 dan dapat pingat , walaupun aku tak dapat mencapai matlamat aku yang agak besar iaitu nak pergi ke MSSM di Sarawak pada tahun ini . Tak apa mungkin aku tak dapat menbawa nama sampai ke M tapi aku percaya mesti ada hikmah disebaliknya yang Allah nak tunjukkan nanti . Aku hanya mampu redha dengan ketentuannya , amin . Sampai sini sahaja yang dapat saya cerita , harap anda semua happy and anjoy with your life and remember Allah always beside you  forever . Assalammulaikum


p/s : Allah selalu di sisi hambanya dan mendengar segala permintaan hambanya . Jangan berputus asa dan menyalahkan takdir kerana Allah mesti sudah merancang yang terbaik untuk kita sehingga kita tidak terfikir kebahagiaan yang dia berikan kepada kita .

MUSIC PLAYER CODES
music